The Ugly Truth....
When I read this so called KERAJAAN BARU....first thing I did is....LAUGH...another stupid promises from the traitors.It is a good plan actually...
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bai Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.> Do we practice the same rules so far?
2. Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan. > Alamak kena baca perlembagaan.....!
Banyak lagi yang nak aku tulis..but lenguh lak tangan....Overall...aku suka inisiatif these people untuk buat sumthing good for the people. At least they worked hard rather than sit and wait like UMNO's leader.
UMNO had made a wide history..but it is not impossible for another history to be made. Selagi UMNO goyang kaki dan virus syok sendiri terus merebak...aku yakin..Pakatan Rakyat is on their way to victory. Waktu tu nak londeh suaq pun takdak sapa nak tengok.
Rakyat tunggu , tengok dan menilai. Semakin hari semakin rancak PR berpakat untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Walaupun aku takler fanatik BN...tapi geram tu adaler jugak bila tengok yang dok cakap besaq tu pun anak didik UMNO..bila dah kuar..macam2 dia kata.....the thing is orang pakat percaya. fanatik tak kena tempat.
Malam ni mood takder yang bernas untuk aku nak tulis memangjang..till then..I rest my case..
"A Politician needs the ability to foretell what is going on to happen tomorrow, next, week, next month, and next year. And to have the ability afterwards to explain why it didn't happen."......Winston Churchill
After I read this phrase, I did recall a name : Tun Mahathir Muhammad. Simple but fact. He is a fine Former Prime Minister.
Nobody is perfect..because we are human who are born with weaknesses. Today I see people who are so selfish and greedy for the sake of their personal purposes.
Sedih bercampur hiba bila ada segolongan pemimpin sama ada di pihak Kerajaan mahupun Pembangkang membabi buta mencemuh dan menghina mantan Perdana Menteri. I hate the word MANTAN actually...tah apa2. I can undertstand kalau pembangkang mencemuh....(skarang baru nak lantang mendakwa)tapi yang sekapal dengan beliau jugak tumpang sekaki. Ni lah malsalah orang kita...naik satu kapal..tapi pakat nak humban sesama sendiri ke dalam laut. A MESS need to be cleaned immediately..sebelum wabak ini merebak ke seluruh pelusuk akar umbi.
Di mana dignity pemimpin kita? Di manakah prinsip mereka? Adakah setiap kali Perdana Menteri bertukar...prinsip turut bertukar? Pegangan dan perjuangan juga turut berubah. WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI dan sekarang 1 MALAYSIA. Wujudkah signifikasi di antara laungan tersebut..atau pun ia hanya satu propaganda individu bagi memastikan rakyat patuh dan akur kepada individu yang memegang jawatan tersebut. Di manakah kesinambungan visi dan matlamat?
Kepada pemimpin yang dahulu begitu jumud untuk bersuara..mengapa sekarang baru tegar berkata-kata? Si polan bin si polan...soal peribadi janganlah dicampur adukkan dengan pengurusan negara. Tidak indah dipandang bagi mereka yang tahu cerita sebenarnya. Bagi yang tak berapa nak tau...tertanya-tanya pasai apa begitu rupa jadinya. Lantang sungguh saudara kita itu bersuara sampai tak tau nak berenti kat mana. Nak kata bodoh...bijakpandai orangnya..nak kata tak beradap...MELAYU jati asalnya....jadi tang mana silapnya?
Kepada pembangkang yang memang kerja depa bangkang...keep on looking....jgn cakap saja gempaq...end result hampeh. This is our local politics...like it or not.. we are innnit. On behalf of my kids and future generation........DO CHANGE!
I quote : You can never get all the facts from just one newspaper, and unless you have all the facts, you cannot make proper judgments about what is going on...
Our so Called Minister accuse local newspaper as racist. What the heck is that. racist..until this moment..I never ever think or even consider of being a racist. This particular short statement has been manipulated by certain ungrateful people who are so eager to gain some credits in their menifesto.
To these people....where were them...when we had our MERDEKA? Did they take their education here or somewhere else? I think kalau ramai racist kat Malaysia...takkan mat2 bangla, myanmar....dan seumpamanya boleh berkampung katsebelah rumah kita?
Tulah bila cakap tak pakai otak....kepala besaq saja...otak takdak ayaq saja penuh.......sendiri mau ingat......
Malam xmas ni aku nak cakap seket pasal Puteri dan self respect. Macam-macam hal aku dok dengaq pasai Puteri. Yang betul, tak betul, yang panas, yang sejuk or yang suam-suam kuku. Dalam hal ni nak salah siapa? Apa fungsi Puteri yang sejelasnya. Even aku pun tak berapa kristal tentang hal ini. Di manakah sumbangan aku selama ini. Frankly speaking..NONE.
Alangkah baiknya kalau Puteri diberimandat untuk menerajui aktiviti belia dengan sebaik-baiknya. Menjadi mentor dan pemudahcara kepada generasi muda dalam membentuk danmencari hala tuju yang selaras dengan aspirasi negara. Banyak program yang boleh dilaksanakan oleh Puteri terutama diperingkat Bahagian.
For example..Puteri boleh menjadi penggerak kepada Proses Pembelajaran adik-adik di peringkat sekolah menengah dan rendah. Membentuk satu pasukan MENTOR kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan. Pendekatan ini merupakan pendekatan secara langsung untuk kita mendekati hati dan suara rakyat. Mendekati anak-anak mereka merupakan peluang yang terbaik untuk kita berdamping rapat dengan pengundi.
Puteri seharusnya pandai mencari ruang untuk bergerak dengan efisyen. Bukan hanya menunjukkan diri di majlis2 rasmi sahaja. Buat apa kita sebok mencantikkan diri semata2 nak orang kenal kita...for the sake of next election? Buatlah program yang boleh menjana keyakinan rakyat kepada UMNO. Suntik secara halus tetapi biarlah kekal sampai bila2. The best thing is Puteri kena ada self confidence dan respect kepada diri sendiri. Biarlah orang memandang kita dengan penuh yakin dan hormat bukan sebagai BALACI kepada pucuk pimpinan. Jaga nama baik dan maruah...kurangkan persepsi negatif dan belajar daripada yang lama.
Sayangs
Mommy
Edelweiss, Edelweiss
Every morning you greet me
Small and white clean and bright
You look happy to meet me
Blossom of snow may you bloom and grow
Bloom and grow forever
Edelweiss,Edelweiss
Bless my homeland forever.
The most beautiful song...
Everytime I lullaby this song to my angels....I feel blessed and pray for the best future will be...Malaysia.
I'm proud to be born as MELAYU..the roots of Malaysian. For that I pray for the best of my roots..
Hak2 orang Melayu memang tidak boleh disangkalkan by perlembagaan atau pun logik akal. Masalahnya..orang Melayu tak pernah rasa grateful dilahirkan MELAYU. Kita bukan mintak untuk disanjung, diagungkan atau dilebihkan dalam semua perkara, tetapi biarlah yang berhak diakui.
Sifat perkauman memang harus dielakkan demi perpaduan bangsa sejagat. Dalam memenuhi keperluan inilah kita berkongsi kemewahan yang ada di muka bumi Malaysia ini. Jangan jadikan isu hak MELAYU sebagai landasan kepada perjuangan kaum kerana banyak kesan negatifnya kepada semua pihak.
Kalau dulu kita jadikan WAWASAN 2020 sebagai benchmark ke arah kemajuan Negara, tetapi sekarang kita dah semakin alpa dengan kehendak negara dan masing-masing lebih mementingkan kepentingan diri. Tak guna kita mendabik dada sekiranya MELAYU itu sendiri gagal merealisasikan aspirasi NEGARA. tak kiralah siapa yang perintah, kalaulah ini yang kita perjuangkan..MALAYSIA akan tinggal nama dan indah khabar dari rupa.
Semoga 1 Malaysia dapat mencorakkan lebih banyak perpaduan ke arah kesenangan semua pihak. INSYAALLAH..
Karangan ni mesti dapat A+++..thanks to my BM Teacher...hhahahaahaha
Sayangs,
DiehardQueen
"There's very little advice in men's megazines, because men don't think there's a lot they don't know.WOMEN do. Woman want to learn. Men thinks, "I know what I'm doing, just show me somebody naked."..........BIG LAUGH.......................
So I do agree let's say 50% of it. The worst is they keep on deny their weakness until the truth revealed.
Arini aku nak kupas masalah yang wujud dalam LELAKI MELAYU TERAKHIR di Malaysia yang indah permai. Especially those who have titles and so called leaders to our nation. Aku rasa sampai sekarang ni kalau WANITA dicalonkan menjadi calon YB..maka bergegarlah lutut semua kaum ADAM ini.Walaupun secara jujurnya kaum HAWA kengkadang lebih berkaliber jika nak dibandingkan dengan mereka.Sebagai contoh YB Suraya yang sememangnya meletop habis dalam menjayakan agenda beliau. Aku RESPEK Kak Su....memang ketrampilan beliau teserlah sejak pagang KETUA PUTERI Kedah lagi. Yang macam tulah kita nak carik,,,yang ada 2 steps ahead vision...kelas minda pertama...wah bunyi cam TUN pulak. But still, yang baik kita war warkan..yang kurang kita perbetulkan.
Masalah cari pasal di DUN Kota Siputeh sememangnya dapat dielakkan. Sepatutnya bagi seorang yang lama dalam bidang politik ni tidak sepatutnya perkara remeh ini dilepas pandang. Inilah yang terjadi bila tahap keegoan mengatasi segalanya. aku bukan tak pro YB Dato' tetapi kesilapan yang beliau lakukan itu dapat menjejaskan semua pihak. Memang betul Pemimpin UMNO sudah lama selesa dengan kedudukan danini menjadikan mereka terlalu takbur. Keyakinan membabi buta terhadap sokongan rakyat yang menjadikan KEDAH diserahkan kepada PARTI ROJAK begitu saja. Aku rasa kalau PRK dijalankan tahun depan....UMNO kena kerja OBERTIME nak tarik balik hati rakyat Kota Siputeh....
Tapi aku tengok depa dok melangut saja....syok sendiri...Puteri masih lagi mencari-cari ruang nak fit in...ada yang sebok nak berlaki...berlobi....seboklah PUTERI....aku pun tak brapa nak paham motif perjuangan mereka. Ada pun takpa ...takda aku rasa lagi better...hahahahhahaa...tapi tak semua ahli macam tu..ada yang betul-betul nak buat kerja...ada yang beragenda tersendiri...ada yang mengikut saja...ada yang kerja membabi buta....pendek kata semua adalah...panjang kata pulak...sendiri mau tau.....
Aku kengkadang naik meluat tengok Puteri yang hilang arah tujuan. Pakat ikut belakang Pemimpin ..hattu ramai pakat kata..aku tak kata..hahahaah..Wanita UMNO dok jeling sakan ngan Puteri...tak pernah nak sebulu PUTERI ngan WANITA ni...aper kes pung aku tak tau. WANITA di Jerlun pun bergelora jugak..aku dok intip tengok....macam2 ada. Lagu mana nak buat gheja kalau dok buat perangai macam ni.Yang muda cara muda..yang lama berputih mata....tapi aku steady....bab mengata blakang aku tak join...tapi aku kata lam blog nilah..tempat my heart out....but still if I can change the world...I'd loe to change human's behaviour to be more humble and berpijak pada bumi yang nyata..Jangan dok ungkit tentang jasa perjuangan...cuba ikhlas dalam setiap perbuatan...arini ayat aku suci sikit...but HELL the cruelness still there....
Aku citer bab lelaki tadikan.....hahhhahaa nak mengata lebih2 satgi depa kata aku anti-lelaki...tapi...cuba kiter dok dendiam...brapa ramai lelaki berfikir menggunakan otak?hahhahahahahahahahaha
I am tempted to create another blog for the sake of telling how do I feel living with certain ungrateful so called Malay.Introduction is the hardest thing to do but let me make it easier....I'M LOOKING FOR A BETTER DAY!
So this blog is all about myself..my thoughts dan tidak ada kena mengena antara hidup dan yg mati....
But to say xdak langsung is no fun...so I would love to add more flava and make it spicy and irresistable....
Let me tell a bit of myself...A person with so many uncertainties....about PERJUANGAN MELAYU yang diperdagangkan oleh UMNO sekarang....Especially those who proudly wearing the PINK colour dress..PUTERI.
At first bila launched PUTERI - sayapnya berkembang dengan bangganya...so the new generation will have a new platform to project their ideas and contribution...
That was 6 years ago...when these young politician were so naive and innocent. They were so eager to uphold their task and ready to face whatever outcomes. So, proudly to say I was there too...with my own agenda and multiple strategies.
Itu benda lama..sakarang ni bebudak PUTERI dah semakin bijak melangkah. Tapi kebijaksanaan adik-adik ni sudah diperkotak-katikkan oleh mereka yag perasan mahir dalam selok belok politik. The last result...PUTERI dicemari dengan dakyah-dakyah negatif dan imej semakin hari makin tercalar. Yang aku nampak setakat nak memperagakan warna PINK kat seluruh kawasan dan bahagian bagi budak TADIKA pun depa boleh buat...Setakat nak bawak bunga manggar sambut YB.......suruh bebudak sekolah lagi comel. Fungsi PUTERI semakin samar....yang pasti kesamaran ini akan terus pudar dan akan terus hilang kalau PINK itu tidak dipulihkan secepat mungkin.
Pergolakan dalam kepimpinan PUTERI let's say Bahagian...dah lebih dari KABINET. Ketua tak sebulu dengan NAIB KETUA....dah kalah tak nak terima kenyataan. Pastu buat chaos dalam AJK. Dah ada berpuak2. Ahli pun bukannya meriah sangat. Kalau bahagi dua pun takder maknanya. So dalam blog ni i wolud love to reveal the chaos.dan marilah bersama-sama kiter mencetuskan revolusi MELAYU BARU untuk memastikan kita di pihak yang benar.......
HIDUP MELAYU!....bangga aku......